Tuesday, January 13, 2009

T-Street Is Coming...


Sepertimana yang telah dijelaskan pada artikel lepas, T-Street kini sedang bekerja keras untuk menghasilkan hit single yang pertama. Proses rakaman "Show Us (Some Love)" sudah selesai. Selepas ini, hasil rakaman itu akan mengambil masa sedikit untuk proses adunan dan mastering. Harap-harap tiada halangan untuk disiarkan di corong radio. Jika tidak pun, kami akan cuba memaksimakan penggunaan internet untuk meng'expose'kan diri.

Buat masa ini, belum ada cerita menarik tentang T-Street memandangkan kami masih lagi sibuk dengan kerja-kerja menyiapkan lagu-lagu yang lain, kalau tidak silap kami... ada 6 atau 7 buah lagu kesemuanya. Dan kami berharap sangat agar tiada GANGGUAN LUAR BIASA DARI WATAK-WATAK YANG TIDAK DIALU-ALUKAN sepertimana yang pernah dialami ketika kami memperjuangkan RapSouL 2-3 tahun yang lepas. Sokonglah kami dengan kata-kata semangat dan panduan dan bukannya janji-janji kosong. Kami mahu cuba berdiri sendiri sedaya mana yang termampu. Bagi kami, SOKONGAN MORAL lebih kami perlukan berbanding kata-kata manis yang melampaui sempadan syurga dan neraka.

Kawan-kawan semua... TUNGGULAH KAMI!

JUMPA LAGI...

No comments: