Thursday, December 11, 2008

Street Music In Progress

Yo!Wassup... Kami mendapat komen dari pengunjung bahawa blog ini tidak menarik sebab tiada gambar untuk tatapan. Mahu letak gambar apa ya? Ehehehe... Memandangkan kami belum ada gambar diri sendiri yang sesuai, maka peralatan kami jadi mangsa. Lihatlah gambar-gambar di bawah. Muzik jalanan dibuat dengan peralatan ini. Simple...


Harap-harap dengan SETUP sebegini, kami dapat menyiapkan EP impian kami. Dan seperti yang selalu kami laungkan di artikel yang lalu "Semua Buat Sendiri". Faham-faham sajalah kalau banyak cacat cela di dalam lagu gubahan kami nanti. He he he...

Lihatlah sahaja...vocal booth pun tiada. Apa-apapun, kami akan teruskan perjuangan "MUZIK JALANAN" buatan SABAHAN. Kami benar-benar memerlukan SOKONGAN anda!

Akhir kata..."EVERYBODY....SHOW US YOUR LOVE!PEACE!"

Wednesday, December 03, 2008

Everybody "SHOW US SOME LOVE"!

Hai kawan-kawan. Sebelum blog ini makin usang, lebih baik kami buat sesuatu. Sayang juga blog ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Hmm...sekian lama tiada update dan tiada 'teaser', kini kami tampilkan demo baru. Opss... yeah tajuk dia "Show Us (Some Love)". Lagu ini disusun pada tahun 2006 tapi separuh jalan sahaja. Setelah dua tahun berlalu (now is 2008), lagu ini siap juga akhirnya. Walaubagaimanapun, ini bukan final kerana kami perlukan praktis lagi. Akan dirakam semula.

Ouh ya... untuk pengetahuan anda lagu ini ada sentuhan 'pre-mastering' oleh Mr.Sitaring. Terima kasih kepada beliau. "Lepas ini kami akan buat mastering tempat ko laini..hahah"...

Ok...cek di ruang DEMO TAPE kami... then show us your love... THANKS!

Wednesday, October 15, 2008

Muzik Jalanan

Yo! Yo! Yo!!!

Apa cerita???
Tiada cerita pun. Di saat-saat susah untuk mencari makan, semua harga mulai meningkat. Taraf hidup semakin meningkat. Mahu bermuzik seperti Kanye West semakin tipis. Pokok pangkalnya - "TIADA DUIT". Apabila bunyi-bunyian bertaraf antarabangsa hasil suntingan jurutera bunyi handalan dunia tidak dapat dicapai, maka lahirlah kelompok pemuzik yang menggelarkan hasil-hasil karya mereka sebagai "MUZIK JALANAN".

Lagu-lagu disusun dan dirakam dengan peralatan yang terhad. Sesudah siap, di'burn'kan ke dalam CD. Jangan kritik lah... jangan bandingkan dengan bunyi Eminem mahupun Westlife! Sistem bunyi memang mengundang simpati. Namun keikhlasan berkarya harus ditunjukkan. Niat cuma satu - "Kami mahukan lagu kami didengari oleh sesiapa sahaja".

Sudah berapa pengkarya yang lahir dari JALANAN? Ha ha ha...

RapSouL mesti keluarkan sesuatu! Biarpun MUZIK JALANAN... Demo akan di sebarkan merata-rata. Pemacu keras sarat dengan fail-fail lagu. Terperam lama... namun tidak pernah menjadi jeruk asam. Fail-fail lama dibuka semula... Mudah-mudahan dengan cara penyebaran bunyian jalanan ini, akan ada pihak yang sudi memberi kami peluang untuk 'melepak' di Platinum Studio! He he he...

Saturday, August 30, 2008

A Letter by Alvin aka Defoo - Infinatez

To all my beloved friends,

Be it from Sabah, Sarawak, KL and semua di Semenanjung Malaysia. I would really need your help, I'm representing Infinatez and our INF team.

Alhamdulillah Infinatez now is moving in a correct direction, we are getting invitation to appear in various events, shows, interviews etc. To those yang sudah dengar our songs "Paparazzi", "Ada Masa" & "Sayang Kinabalu", we hope you enjoyed it. Kalau belum you can listen to it here - myspace.com/infinatez

Ok, the help yang I need from you guys is to request our songs to be played in radio stations. To be exact we would like you guys to request "Ada Masa" as it is our latest single, tapi you guys boleh juga request our other songs.

One way is to request it at Xfm (previously known as Xfresh), ni link dia - http://www.xfresh.com/radio/zpx.asp

One thing at a time, we can focus on Xfm first. But if you prefer other stations like Suria fm, you can do so. You probably get a listen to it at DJ Hairil's Suria Intro every Sunday. To listeners in Sabah, you can ask DJ Othoe to play it @ Suria Pagi Kinabalu 105.9fm.

Guys, we really need your help on this one. Again, do have time to listen to it at our myspace and if you like it, kindly do request for it. We hope that our songs could be heard all over the country, and the rest of the world.

ps: Infinatez will be back with more sounds. We promise.

Thank you.

Yours truly,
Alvin MY aka Defoo

Thursday, July 10, 2008

'...dan jika kau rasa apa yang ku rasa...' - Altimet, Chantek

Hai semua... apa khabar? Industri muzik 2008 kita ini ada meriah sikit berbanding tahun lepas. Banyak gerakan 'bawah tanah' sudah mendapat tempat di corong-corong radio dan kaca televisyen. Memang cukup membanggakan... kan? Apa yang lebih membanggakan ialah antara individu yang terlibat dalam perkembangan itu datangnya dari Sabah. Lihat... bukalah mata... pintu semakin terbuka untuk pengkarya-pengkarya kita untuk pergi lebih jauh. Hari ini mungkin boleh dihitung dengan jari, tapi siapa tahu esok tidak terkira banyaknya nanti... pada masa itu anda kenalah menggunakan KALKULATOR. Ha ha ha ha...

Kabur dengan penglibatan bakat-bakat dari Sabah? Kita sebut sahaja beberapa nama, Rich dari Estranged, Alvin dari Infinatez, Ayu OIAM 2 dan Stacy AF 6. Bukankah nama-nama ini kini mula melakar sejarah? Bukan bermaksud untuk mengamalkan dasar 'kenegerian' tetapi, lebih baik kita berfikir di sudut yang lebih positif. "Kalau mereka boleh buat, kami pun boleh!". Lihatlah apa usaha mereka... tiada satu pun yang kita boleh katakan sebagai DURIAN RUNTUH! Mereka semua 'struggling'... giat berusaha. Apabila mereka menunjukkan keikhlasan mereka untuk 'expose' bakat, memang ramai akan buka mata. Siapa yang buka mata? LABEL... tidak kisahlah label besar atau indie.

Label di Sabah bagaimana?

Buat masa ini, boleh dikatakan label-label yang terdapat di Sabah masih belum ada perkembangan yang bagus. Masing-masing masih di takuk lama. Kadang-kadang timbul persoalan di fikiran "Kenapa label di Sabah tidak seperti di Semenanjung?". Kenapa tiada kebebasan? Takut rugi? Berlagak? Cakap di mulut mahu berjuang, tapi tindakan acuh tak acuh. Kalau kebebasan tiada, masa tidak menunggu... jalan terus. Penghujungnya, masa berlalu sia-sia. BUANG MASA!

Mimpi-mimpi kami iaitu mimpi-mimpi RAPSOUL masih mekar di hati walaupun terasa menjauh. Kenapa menjauh? Kerana kurangnya persefahaman antara sesama manusia. Kami mahu ini dan mahu itu... siapa mahu bantu? siapa mahu faham? Tahu kritik melampau adalah. Kami buat kerja bukan langgar dinding. Kami buat 'homework', kami buat ulangkaji. Tetapi apabila itu semua tidak digunakapakai, kami kecewa. Kecewa kerana tiada peluang. Artikel kali ini adalah peluru. Kalau mahu tembak, tembak terus di depan. Kepada anda yang kurang menyelami perasaan kami, kenalah baca tajuk di atas berulangkali. Cuba berada di tempat kami. KAMI DIKATAKAN TIDAK TAHU APA-APA LANGSUNG!!! Excuse me... lihatlah kami ini, adakah kami kelihatan seperti budak tadika??!!

Fuh!! Kenapa macam keluar tajuk nih??? Ha ha ha ha...

EP? Tunggu sahaja. EP itulah yang akan meluahkan kesemua penat lelah, susah payah, tawa dan sedih, marah dan insaf... dan sebagainya.

STREET MUSIC STILL IN PROGRESS.

Tuesday, March 11, 2008

Ada Apa Dengan EP?

"Extended play (EP) is the name typically given to vinyl records or CDs which contain more music than a single, but are too short to qualify as albums. Usually, an EP has around 10–35 minutes of music, a single has up to 10 minutes and an album has 35–80 minutes.

EPs were released in various sizes in different eras. In the 1950s and 1960s, EPs were typically 45 RPM recordings on 7" (18cm) discs, with two songs on each side." - en.Wikipedia.org


Sekian lama mengimpikan untuk mengeluarkan album sendiri, nampaknya kami terpaksa mengalah dan berhenti daripada terus bermimpi. Kami tidak mahu mengeluarkan album bersahaja. Kami tidak mahu standard album "kampungan" yang membawa kepada gelak ketawa pendengar. Kami mahu sesuatu yang PUAS HATI! Kami mahu sesuatu yang akan dapat kami kenang sepanjang hayat kami... Di mana anak cucu kami akan duduk mendengar lagu kami kelak sambil mendengar cerita "zaman muda" kami.

Namun apa hendak dikata, harapan untuk sesuatu yang "ALBUM" tinggal angin. Masalah pertama, kami BUKAN ORANG KAYA. Kedua, kami SIBUK HAL MASING-MASING. Ketiga, tiada label yang akan berani mengambil kami yang bergerak seolah-olah bukan kumpulan ini. Keempat, sila rujuk artikel lepas - KAMI ORANG SUSAH!

Komitmen? Susah untuk menuding jari kepada mana-mana pihak. Semua ada sebab dan alasan tersendiri. Hendak kata apa lagi...

Dalam suasana yang hampir putus harapan, mungkin ada yang akan berundur secara diam-diam dan menjalani hidup seperti biasa. Namun sebelum ia berakhir tanpa APA-APA, biarlah ia meninggalkan sedikit PARUT. Apakah maksudnya?

Kita tidak tahu, sampai bila boleh bertahan... Lebih baik bersedia untuk lepas tangan... berakhir tanpa album tetapi meninggalkan EP.

Kami bingung...

Thursday, February 21, 2008

SUSAH : Bukan Alasan Biasa

Ada sesetengah manusia akan cuba mengatakan dia boleh. Semangat seperti itu memang patut dipuji. Apabila sesetengah manusia lagi mengatakan dia tidak boleh, berilah kata-kata semangat dan bukannya celoteh memanjang. Apabila sesetengah manusia ada mengatakan dia SUSAH, bantulah dia. Bantuan dari segi apa? Bantulah apa yang patut selaras dengan keperluan yang dirasakan HARUS. Tidak kisahlah bantuan kewangan, makanan, tempat tinggal, pengangkutan atau apa-apa...

Lain pula halnya dengan sesetengah manusia lagi... yakni anggota-anggota RapSoul. Kami adalah antara manusia yang sering berkata SUSAH. Perkataan itulah yang menggambarkan isi hati kami masing-masing. Tanyalah kami apa-apa soalan mengenai perjuangan kami. Rata-ratanya akan kami jawab "SUSAH". Dan jawapan itu pasti meninggalkan impak yang besar kepada sesiapa yang bertanya. Mana-mana individu yang bertanya, apabila mendapat jawapan yang menghampakan, mereka akan mengatakan bahawa kami ini tidak pandai berusaha, kami ini susah diatur, kami ini degil, dan ratusan tanggapan lagi yang susah untuk diungkit. Maafkan kami kerana hal-hal sebegitu terjadi tetapi kami tidak berniat untuk mengungkapkan jawapan "SUSAH" setiap masa. Kami adalah penjelasan untuk perkataan 'keramat' itu.

Kenapa? Apa yang menyebabkan kami memilih untuk menjawab "SUSAH"? Sebenarnya kami ingin juga menjelaskan panjang lebar permasalahan kami masing-masing tetapi adakah anda reti memahami kami? Cakap banyak pun tiada gunanya. Hanya kami yang tahu keperitan yang sedang dan telah kami hadapi. Walaubagaimanapun, kali ini akan diceritakan sedikit sebanyak mengenai keSUSAHan yang kami maksudkan.

Pertama sekali, fahamilah apabila kami menjawab sedemikian kata maknanya... "JANGAN LAGI TAMBAH KESUSAHAN KAMI". Terpulanglah kepada bunyi soalan si tukang tanya. Jika ada yang beranggapan dia boleh bantu kami mengurangkan kesusahan, sila tampil ke depan dan lakukan segera tanpa cakap panjang. Besar kemungkinan kami akan tertidur mendengar celoteh yang tidak berkesudahan...

Kedua, kami juga bermaksud "KAMI PERLUKAN MASA...". Kami budak baru belajar. Kami perlukan masa yang paaaaaaannnjanggggg. Jika ada yang tidak dapat bersabar, maafkanlah kami. Kami buat semua benda sendirian berhad!!! Tulis lagu sendiri, main muzik sendiri, rakam sendiri, edit sendiri, ...buat sendiri. Tidakkah ia memakan masa juga? Sabar-sabarlah. Mahu minta bantu orang lain? Huh! Siapa yang boleh bantu... semuanya ada agenda tersendiri. Itu bukan bantu. Itu adalah "ART OF USING...". Tidak salah jika kita berfikiran positif. Jika timbul perkara seperti itu, baik kita "BERURUSNIAGA". "Kau senang, kami pun senang" dan jangan pula berlaku seperti ini; "Kau senang, kami dipijak, kau lari". Bukan urusniaga yang baik.

Ketiga, kami juga bermaksud "BUKAN SENANG MACAM KAU FIKIR...". Umpamanya seorang BOS mahu pekerjanya kerja cepat. Sentiasa cepat. Tetapi ada seorang pekerjanya sudah buat yang termampu dan masih lambat di mata BOS lalu dimarahinya pekerja itu. BOS itu diibaratkan "SENANG BETUL BERKATA-KATA..." cubalah dia sendiri yang buat. Terkapai-kapai juga. Kami di sini sedang berusaha gigih! Tetapi bukan senang melakukannya. Kami berusaha dalam diam... menyampah dengan gangguan persekitaran yang menyekat perjalanan kami. Lambat-laun akan kelihatan juga nanti...

Keempat, sebenarnya kami benar-benar maksudkannya bahawa kami ini "SUSAH". Bukan setakat membuat alasan. Kami pernah makan mi segera. Diperbetulkan lagi ayat ini, kami berenam pernah makan mi segera dua bungkus sahaja. Manusia mewah diluar sana makan 10 pinggan nasi. Terima kasih kepada mi segera kerana hingga sekarang ia masih menu utama kami. Pernah juga kami makan "mewah" sedikit. Kami berpeluang makan NASI GORENG KAMPUNG bersama-sama. Dipesan khas berharga RM10 di pinggan berdiameter 300mm. Kuantiti sebegitu dikongsi bersama, ENAM orang semuanya. Terima kasih atas beberapa suap nasi itu... Kini kami masing-masing bekerja, kehidupan tidak lagi begitu sempit. Maka pembahagian masa juga semakin sukar dalam BERMUZIK. Namun ditegaskan di sini... KAMI TIDAK AKAN BERHENTI!

RAPSOUL WILL NEVER DIE.

Kepada yang ingin menjemput kami membuat persembahan, tolonglah sediakan enam buah mikrofon yang berfungsi. Janganlah suruh kami buat lawak enam orang dengan sebuah mikrofon. Kami adalah berkumpulan bukannya penyanyi solo. Hanya itulah pinta kami... kami bukan superstar yang meminta bayaran ribuan ringgit cuma lain kali, berilah kami peluang makan FREE. Rindu pula makan beramai-ramai hingga kekenyangan yang melampau. Ha ha ha...

Thursday, January 17, 2008

RapSoul - 2008?

Hello everybody...

Apa khabar anda semua? Harapan kami agar para pengunjung blog ini sentiasa dalam keadaan sihat-sihat belaka. Kepada anda yang kurang sihat, pergilah berjumpa doktor kerana kesihatan adalah HARTA yang tinggi nilainya yang mana tidak mampu dibeli oleh wang ringgit ataupun dollar mahupun peso dan sebagainya.

Kini dunia ini sudah memasuki tahun 2008. Ada yang sudah maju ke depan, ada yang terbengkalai di tengah jalan, ada yang terhenti, ada yang hancur dan ada juga yang statik macam tiang bendera. Mungkin RapSoul adalah contoh yang paling sesuai dengan istilah 'tiang bendera' itu. Ha ha ha. Lagu baru? Jika hendak diikutkan hati, lagu sudah boleh 'double disc' dalam simpanan kami. Tetapi, seperti tiang bendera itu... ia statik dan itulah yang berlaku kini. Sudah ratusan perkataan tertulis di atas puluhan kertas namun tersimpan kemas selama ini. Kami sahaja yang tahu kisahnya.

Kami tidak akan mengeluarkan apa-apa material baru untuk masa ini. Pertapaan belum selesai. Banyak benda masih dalam penyelidikan. Rata-rata manusia sekarang masih lagi ketagih benda FREE. Kami mohon maaf, kami jelaskan di sini bahawa kami akan berhenti berkarya jika tabiat itu masih ada di kalangan sesetengah manusia. Siapa yang mahu bayar masa yang kami luangkan untuk berkarya? Siapa yang mahu bayar bil elektrik kami yang siang malam berkurung dalam studio? Siapa yang peduli semua itu? Tiba-tiba muncul minta copy FREE?

Ada juga persoalan, "Kenapa tidak produce album?"... Dulu semangat kami berkobar-kobar kerana belum tahu realitinya. Sekarang? Soalan di atas ini tidak perlu kami jawab. Malahan kami akan tanya kembali, "Kau mahu belikah?".

Projek solo? Buat masa ini, ia bukanlah dipanggil projek solo. Ia lebih kepada aktiviti belakang tabir. Ada beberapa bakat baru yang ingin keluar di arena muzik tempatan. Nasib mereka seperti kami juga, tiada hala tuju. Lagu sudah ada. Jadi lebih baik tolong orang dahulu. Kalau kami tiada nasib untuk berada di depan pentas, maka kami akan bekerja di belakang tabir. Tapi ingat... jangan sekali-kali mempergunakan keikhlasan kami. Kami tidak demand tinggi... kami tidak harapkan bayaran lumayan. Kami pinta cuma satu, jangan menyalahgunakan kami! Kami akan berterima kasih jika kami diberi sesuap nasi dan seteguk air. Dan jangan CAKAP BANYAK @ TIN KOSONG di depan kami. Apabila manusia sudah terlalu banyak bercakap dan berjanji, lama-kelamaan semuanya tidak menjadi dan BUAT MALU sahaja.

Nampaknya artikel kali ini kurang stabil. Minta maaf banyak-banyak. Kekasaran kali ini bukan keterlaluan pun. Tiada maki hamun. Tahun 2008 ini, RapSoul menerima dugaan yang semakin besar. Kami akan cuba bersabar. Jika kesabaran kami sudah melepasi hadnya, ketahuilah apa-apa pun boleh terjadi.