Hello everybody...
Apa khabar anda semua? Harapan kami agar para pengunjung blog ini sentiasa dalam keadaan sihat-sihat belaka. Kepada anda yang kurang sihat, pergilah berjumpa doktor kerana kesihatan adalah HARTA yang tinggi nilainya yang mana tidak mampu dibeli oleh wang ringgit ataupun dollar mahupun peso dan sebagainya.
Kini dunia ini sudah memasuki tahun 2008. Ada yang sudah maju ke depan, ada yang terbengkalai di tengah jalan, ada yang terhenti, ada yang hancur dan ada juga yang statik macam tiang bendera. Mungkin RapSoul adalah contoh yang paling sesuai dengan istilah 'tiang bendera' itu. Ha ha ha. Lagu baru? Jika hendak diikutkan hati, lagu sudah boleh 'double disc' dalam simpanan kami. Tetapi, seperti tiang bendera itu... ia statik dan itulah yang berlaku kini. Sudah ratusan perkataan tertulis di atas puluhan kertas namun tersimpan kemas selama ini. Kami sahaja yang tahu kisahnya.
Kami tidak akan mengeluarkan apa-apa material baru untuk masa ini. Pertapaan belum selesai. Banyak benda masih dalam penyelidikan. Rata-rata manusia sekarang masih lagi ketagih benda FREE. Kami mohon maaf, kami jelaskan di sini bahawa kami akan berhenti berkarya jika tabiat itu masih ada di kalangan sesetengah manusia. Siapa yang mahu bayar masa yang kami luangkan untuk berkarya? Siapa yang mahu bayar bil elektrik kami yang siang malam berkurung dalam studio? Siapa yang peduli semua itu? Tiba-tiba muncul minta copy FREE?
Ada juga persoalan, "Kenapa tidak produce album?"... Dulu semangat kami berkobar-kobar kerana belum tahu realitinya. Sekarang? Soalan di atas ini tidak perlu kami jawab. Malahan kami akan tanya kembali, "Kau mahu belikah?".
Projek solo? Buat masa ini, ia bukanlah dipanggil projek solo. Ia lebih kepada aktiviti belakang tabir. Ada beberapa bakat baru yang ingin keluar di arena muzik tempatan. Nasib mereka seperti kami juga, tiada hala tuju. Lagu sudah ada. Jadi lebih baik tolong orang dahulu. Kalau kami tiada nasib untuk berada di depan pentas, maka kami akan bekerja di belakang tabir. Tapi ingat... jangan sekali-kali mempergunakan keikhlasan kami. Kami tidak demand tinggi... kami tidak harapkan bayaran lumayan. Kami pinta cuma satu, jangan menyalahgunakan kami! Kami akan berterima kasih jika kami diberi sesuap nasi dan seteguk air. Dan jangan CAKAP BANYAK @ TIN KOSONG di depan kami. Apabila manusia sudah terlalu banyak bercakap dan berjanji, lama-kelamaan semuanya tidak menjadi dan BUAT MALU sahaja.
Nampaknya artikel kali ini kurang stabil. Minta maaf banyak-banyak. Kekasaran kali ini bukan keterlaluan pun. Tiada maki hamun. Tahun 2008 ini, RapSoul menerima dugaan yang semakin besar. Kami akan cuba bersabar. Jika kesabaran kami sudah melepasi hadnya, ketahuilah apa-apa pun boleh terjadi.
Thursday, January 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment