Thursday, February 21, 2008

SUSAH : Bukan Alasan Biasa

Ada sesetengah manusia akan cuba mengatakan dia boleh. Semangat seperti itu memang patut dipuji. Apabila sesetengah manusia lagi mengatakan dia tidak boleh, berilah kata-kata semangat dan bukannya celoteh memanjang. Apabila sesetengah manusia ada mengatakan dia SUSAH, bantulah dia. Bantuan dari segi apa? Bantulah apa yang patut selaras dengan keperluan yang dirasakan HARUS. Tidak kisahlah bantuan kewangan, makanan, tempat tinggal, pengangkutan atau apa-apa...

Lain pula halnya dengan sesetengah manusia lagi... yakni anggota-anggota RapSoul. Kami adalah antara manusia yang sering berkata SUSAH. Perkataan itulah yang menggambarkan isi hati kami masing-masing. Tanyalah kami apa-apa soalan mengenai perjuangan kami. Rata-ratanya akan kami jawab "SUSAH". Dan jawapan itu pasti meninggalkan impak yang besar kepada sesiapa yang bertanya. Mana-mana individu yang bertanya, apabila mendapat jawapan yang menghampakan, mereka akan mengatakan bahawa kami ini tidak pandai berusaha, kami ini susah diatur, kami ini degil, dan ratusan tanggapan lagi yang susah untuk diungkit. Maafkan kami kerana hal-hal sebegitu terjadi tetapi kami tidak berniat untuk mengungkapkan jawapan "SUSAH" setiap masa. Kami adalah penjelasan untuk perkataan 'keramat' itu.

Kenapa? Apa yang menyebabkan kami memilih untuk menjawab "SUSAH"? Sebenarnya kami ingin juga menjelaskan panjang lebar permasalahan kami masing-masing tetapi adakah anda reti memahami kami? Cakap banyak pun tiada gunanya. Hanya kami yang tahu keperitan yang sedang dan telah kami hadapi. Walaubagaimanapun, kali ini akan diceritakan sedikit sebanyak mengenai keSUSAHan yang kami maksudkan.

Pertama sekali, fahamilah apabila kami menjawab sedemikian kata maknanya... "JANGAN LAGI TAMBAH KESUSAHAN KAMI". Terpulanglah kepada bunyi soalan si tukang tanya. Jika ada yang beranggapan dia boleh bantu kami mengurangkan kesusahan, sila tampil ke depan dan lakukan segera tanpa cakap panjang. Besar kemungkinan kami akan tertidur mendengar celoteh yang tidak berkesudahan...

Kedua, kami juga bermaksud "KAMI PERLUKAN MASA...". Kami budak baru belajar. Kami perlukan masa yang paaaaaaannnjanggggg. Jika ada yang tidak dapat bersabar, maafkanlah kami. Kami buat semua benda sendirian berhad!!! Tulis lagu sendiri, main muzik sendiri, rakam sendiri, edit sendiri, ...buat sendiri. Tidakkah ia memakan masa juga? Sabar-sabarlah. Mahu minta bantu orang lain? Huh! Siapa yang boleh bantu... semuanya ada agenda tersendiri. Itu bukan bantu. Itu adalah "ART OF USING...". Tidak salah jika kita berfikiran positif. Jika timbul perkara seperti itu, baik kita "BERURUSNIAGA". "Kau senang, kami pun senang" dan jangan pula berlaku seperti ini; "Kau senang, kami dipijak, kau lari". Bukan urusniaga yang baik.

Ketiga, kami juga bermaksud "BUKAN SENANG MACAM KAU FIKIR...". Umpamanya seorang BOS mahu pekerjanya kerja cepat. Sentiasa cepat. Tetapi ada seorang pekerjanya sudah buat yang termampu dan masih lambat di mata BOS lalu dimarahinya pekerja itu. BOS itu diibaratkan "SENANG BETUL BERKATA-KATA..." cubalah dia sendiri yang buat. Terkapai-kapai juga. Kami di sini sedang berusaha gigih! Tetapi bukan senang melakukannya. Kami berusaha dalam diam... menyampah dengan gangguan persekitaran yang menyekat perjalanan kami. Lambat-laun akan kelihatan juga nanti...

Keempat, sebenarnya kami benar-benar maksudkannya bahawa kami ini "SUSAH". Bukan setakat membuat alasan. Kami pernah makan mi segera. Diperbetulkan lagi ayat ini, kami berenam pernah makan mi segera dua bungkus sahaja. Manusia mewah diluar sana makan 10 pinggan nasi. Terima kasih kepada mi segera kerana hingga sekarang ia masih menu utama kami. Pernah juga kami makan "mewah" sedikit. Kami berpeluang makan NASI GORENG KAMPUNG bersama-sama. Dipesan khas berharga RM10 di pinggan berdiameter 300mm. Kuantiti sebegitu dikongsi bersama, ENAM orang semuanya. Terima kasih atas beberapa suap nasi itu... Kini kami masing-masing bekerja, kehidupan tidak lagi begitu sempit. Maka pembahagian masa juga semakin sukar dalam BERMUZIK. Namun ditegaskan di sini... KAMI TIDAK AKAN BERHENTI!

RAPSOUL WILL NEVER DIE.

Kepada yang ingin menjemput kami membuat persembahan, tolonglah sediakan enam buah mikrofon yang berfungsi. Janganlah suruh kami buat lawak enam orang dengan sebuah mikrofon. Kami adalah berkumpulan bukannya penyanyi solo. Hanya itulah pinta kami... kami bukan superstar yang meminta bayaran ribuan ringgit cuma lain kali, berilah kami peluang makan FREE. Rindu pula makan beramai-ramai hingga kekenyangan yang melampau. Ha ha ha...

No comments: