Saturday, January 03, 2009

Happy New Year 2009!

Holla... Selamat tahun baru buat semua pengunjung blog ini. Tiap kali tahun bertukar mesti ada sahaja suara-suara berkata "Waaa... nda sedar ooo...tahun 2xxx suda pla!!!". Hahaha... jadi kami boring lah untuk mengulangi kata-kata hikmat seperti itu.

Setelah demo baru kami diuploadkan ke blog ini, barulah kembali berpengunjung kami di sini (padahal yang datang melawat pun nda sampai 10 orang pun... hahaha). Tapi apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada anda yang sudi menjenguk kami di sini malahan ada juga beberapa antara anda membuat artikel khas tentang kami yang entah sampai bila begini. Ada juga support dari taiko-taiko industri muzik tempatan yang sememangnya menyuntik lagi azam kami untuk terus berkarya menyiapkan lagu yang terbengkalai. "Macam-macam tips diorang kasi bah! Kan Mr.Ading hahaha". Terima kasih semua! Kami berjanji akan terus bekerja keras menyiapkan lagu kami yang tidak seberapa ini untuk diperdengarkan kepada sesiapa yang sudi mendengar nanti. Sasaran kami untuk bulan Januari 2009 ini ialah... moga-moga ada peluang untuk diputarkan di stesen-stesen radio.

Oh ya... sebelum terlupa. Kami ingin mengumumkan bahawa "RapSouL" sedang TIDUR. Susah juga untuk menjelaskan apa komitmen kami masing-masing. Walaupun kami merupakan sekumpulan sahabat baik, tetapi MASA dan LOKASI menyebabkan kami tidak dapat bergerak secara bersama. Ada yang kerja di malam hari, ada yang kerja di siang hari. Ada yang OFFDAY tidak menentu, ada juga yang langsung tiada OFFDAY. Jika ada yang mengatakan itu bukan masalah... kami akan ketawa sehabis baik. Orang susah macam kami memanglah cepat mengeluh. Mana tidaknya, yang lain tinggal di Kalansanan Inanam, yang lain tinggal di Kepayan Ridge, belum lagi di kawasan Petagas. Kalau ada kenderaan sendiri, mungkin boleh jumpa 2-3 kali sebulan. Bagaimana dengan kami yang menumpang bas?

Oleh itu, kami kena memikirkan jalan penyelesaian. Antara kami semua, cuma ada dua orang yang tinggal berdekatan. Mr.Kudique dan ReubN tinggal di kawasan yang sama. Tambahan lagi sudah berlambak lagu terkumpul. Timbul cadangan untuk bergerak secara DUO. Tetapi untuk tidak menimbulkan kekeliruan, maka harus memilih nama baru. Mengapa nama baru? RapSouL kan ada?

Hei hei... RapSouL itu adalah lambang kami BERENAM. Arrangement lagu pun sudah ada formulanya tersendiri. Formula itu tidak akan dapat dilaksanakan secara duo. Sekarang ini, bergerak secara duo perlu berformula baru. Apakah namanya?

TUAN-TUAN dan PUAN-PUAN, kami persembahkan kepada anda.....:

T-STREET in da house!!!

T-Street ditubuhkan untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai selama ini. Moga-moga akan ada cerita selepas ini. KAMI AKAN GIAT BERUSAHA!!!

1 comment:

soulchamber said...

Sabahan stand up!!love ur musick rapsoul..and i got nuthing but RESPECT 4 ya'll! i wud be the 1st one to be rushin to git ur CD off the rack! much love and respect from Soul Chamber(S.D.K)