11 April,2009
Tarikh ini benar-benar meninggalkan kesan yang sangat mendalam buat saudara mara dan teman-teman yang mengenali siapa Syahrul Abdullah @ Paul Valentino atau lebih senang dipanggil GUY. Tarikh inilah di mana GUY telah meninggalkan dunia yang fana ini untuk selama-lamanya. Diiringi tangisan dukacita yang amat sangat, kami terpaksa menerima kenyataan ini. Kami benar-benar merasakan kehilangannya. Arwah merupakan suami, bapa, abang dan sahabat yang terbaik di mata kami semua di sepanjang hayatnya. Rasa sebak yang teramat sangat membuatkan kami tidak tahu hendak bercakap apa lagi...
Pemergiannya pada usia yang muda benar-benar menikam hati kami masing-masing. Selepas ini, kami akan sentiasa merinduinya. Tiada pengganti. Namun akan kami sebut namanya di dalam doa kami setiap hari...
GUY,
Segala memori bersama dari dahulu hingga kini akan sentiasa terpahat di dalam hati kami masing-masing. Kami akan sentiasa memainkan lagu-lagu kegemaranmu. Malahan lagu-lagu yang pernah kita gubah bersama... akan kami dengar selalu. Semangatmu akan sentiasa bersama kami. Good Bye BRO!
Monday, April 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
God bless the dead.. check out my latest single - Iboh Padah Gia @ www.myspace.com/caynie
alfatihah buat arwah..... semoga dia di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman.....
Post a Comment