Sunday, May 16, 2010

RapSouL Reunion 2010

Date : 16th May, 2010.
Place : Mern Studio, Petagas.

What is happening?

Ini merupakan kejadian di luar dugaan kami masing-masing. Kami tidak menyangka akan dapat berkumpul sekali lagi untuk merakam sesuatu setelah 4 tahun tanpa material baru. RapSouL berehat panjang untuk beberapa ketika dan perjuangan diteruskan melalui projek mini. Pada tahun 2008, T-Street (Mr.Kudique & ReubN) ditubuhkan dan berjaya menembusi corong radio dengan single English mereka ketika itu dan pernah merancang untuk menyiapkan EP pertama. Walaubagaimanapun, ia tidak semudah itu kerana untuk melibatkan diri dalam industri muzik tempatan, memerlukan komitmen yang tinggi. Projek EP tersebut (yang mengandungi 7 buah lagu) terpaksa ditangguhkan dan akan dikeluarkan apabila tiba masa yang sesuai. Pada tahun 2009, kumpulan KIND (Cliff & Ekee) ditubuhkan untuk membayangi perjalanan T-Street dan mempunyai 3 lagu unreleased. Kedua-dua kumpulan projek ini kembali menyepi kerana masing-masing terikat dengan komitmen kerja.

Sesudah menyepi, timbul rasa rindu untuk berkumpul bersama-sama. Tanpa material baru, RapSouL cuba bersatu berjuang untuk sebuah lagu lagi. Tiada melodi baru, tiada muzik baru. Tanpa membuang masa, RapSouL memulakan langkah dengan memilih sebuah lagu untuk dijadikan cover. Lagu itu cukup terkenal di masa kini. Jika tiada muzik baru, menggunakan lagu yang sedia ada merupakan idea yang bagus. Ia dilakukan untuk tujuan suka-suka sahaja. Tunggulah sehingga rakaman video dan audio dimuatnaik ke ruang internet (YouTube).