Wednesday, October 15, 2008

Muzik Jalanan

Yo! Yo! Yo!!!

Apa cerita???
Tiada cerita pun. Di saat-saat susah untuk mencari makan, semua harga mulai meningkat. Taraf hidup semakin meningkat. Mahu bermuzik seperti Kanye West semakin tipis. Pokok pangkalnya - "TIADA DUIT". Apabila bunyi-bunyian bertaraf antarabangsa hasil suntingan jurutera bunyi handalan dunia tidak dapat dicapai, maka lahirlah kelompok pemuzik yang menggelarkan hasil-hasil karya mereka sebagai "MUZIK JALANAN".

Lagu-lagu disusun dan dirakam dengan peralatan yang terhad. Sesudah siap, di'burn'kan ke dalam CD. Jangan kritik lah... jangan bandingkan dengan bunyi Eminem mahupun Westlife! Sistem bunyi memang mengundang simpati. Namun keikhlasan berkarya harus ditunjukkan. Niat cuma satu - "Kami mahukan lagu kami didengari oleh sesiapa sahaja".

Sudah berapa pengkarya yang lahir dari JALANAN? Ha ha ha...

RapSouL mesti keluarkan sesuatu! Biarpun MUZIK JALANAN... Demo akan di sebarkan merata-rata. Pemacu keras sarat dengan fail-fail lagu. Terperam lama... namun tidak pernah menjadi jeruk asam. Fail-fail lama dibuka semula... Mudah-mudahan dengan cara penyebaran bunyian jalanan ini, akan ada pihak yang sudi memberi kami peluang untuk 'melepak' di Platinum Studio! He he he...